Rabu, 27 Mac 2013

10 Stadium Bolasepak Terbesar Di Dunia




Carta dibawah merupakan stadium bolasepak yang terbesar di dunia dan merupakan ikon bolasepak di Negara masing-masing…


10) Stadium Borg El Arab, Mesir (86,000)













Dibina pada tahun 2007, Stadium Borg El Arab dinamakan sempena bandar peranginan yang berada 50 kilometer barat Alexandria. Ia merupakan stadium kedua terbesar di benua Afrika dengan kapasiti 86,000 orang.Pasukan Mesir menggunakan stadium ini sebagai venue utamanya.


9) Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta, Indonesia (88,083)
















Stadium yang lebih dikenali sebagai GBK .Ia juga sebagai venue utama untuk pasukan Indonesia dan juga Kelab Persija Jakarta.Merupakan stadium terbesar di Indonesia dan pernah menganjurkan piala AFF Suzuki dan beberapa lagi acara penting.


8) Stadium Wembley,London, England (90,000)


















Nama Wembley tidak perlu diperkenalkan lagi kepada dunia, semua orang sudah tahu sejarah kewujudan stadium ini. Merupakan stadium kedua terbesar di eropah dan juga terbesar di dunia. Stadium yang paling mahal yang pernah dibina dengan kos dianggarkan kira-kira 800 juta pound. Merupakan venue rasmi pasukan England.



7) Stadium FNB, Johannesburg, South Africa (94,736)

























Stadium yang telah wujud lewat 80-an dan diubahsuai sempena Kejohanan FIFA Piala Dunia 2010.Merupakan venue dan tuan rumah bagi 8 perlawanan termasuk perlawanan pembukaan dan akhir bagi kejohanan yang dijalankan secara gilang-gemilang dan penuh kejayaan tersebut.



6) Stadium Nou Camp, Barcelona, Sepanyol (99,354)




























Merupakan venue bagi pasukan kelab Barcelona dan merupakan stadium terbesar di eropah. Boleh memuatkan kapasiti 105,000 pada satu-satu masa.


5) Stadium Azadi, Tehran, Iran (100,000)























Venue utama pasukan Iran dan kelab-kelab besar . Dibina pada tahun 1971 dan diubahsuai pada tahun 2002. Arkitek yang merekabentuk stadium ini juga adalah rakyat Iran iaitu Abdol Aziz Farmanfarmaian.





4) Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia (100,200)
















Stadium kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Merupakan stadium pelbagai guna dengan kelengkapan trek olahraga selain memiliki kapasiti 100,200 muatan tempat duduk penonton. Dijadikan sebagai venue utama pasukan Malaysia dan juga pernah menjadi tuan rumah bersama dalam Kejohanan Bolasepak Sukan Asia 2007 dan juga merupakan venue bagi beberapa kejohanan penting yang lain.



3) Stadium Estadio Azteca, Mexico City, Mexico (104,000)























Sebagai venue utama pasukan Mexico. Merupakan stadium yang terbesar di Benua Amerika.


2) Stadium Lake Salt, Kolkata , India (120,000)






















Merupakan Stadium yang terbesar di India dan juga di dunia. Ia juga sebagai venue utama pasukan India.



1) Stadium Rungrado May Day, Pyongyang, Korea Utara (150,000)
















Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kewujudan stadium terbesar di dunia ini. Stadium ini jarang di gunakan oleh pasukan Korea Utara sebagai venue utama dan hanya sekali sekala sahaja.


0 ulasan:

Catat Ulasan